PANCING@BACARIA

Friday, January 25, 2008

uNTuK aRTiKel TeRBaiK PuLa!!!!

Dua hadiah untuk dua pemenang Coleman 2 ½-Gallon Expandable Water Carrier

Ni Lah BaRanGan CoLeMaN UtK DiMeNaNGi!!

UnTuK KaTeGoRi GaMBaR TeRBaiK BuLaNaN!!!


UntuK PeRTaMa - Coleman Companion Lantern – RM75.00


Kedua - Coleman Mini Companion – RM59.00


Ketiga - 1/3 Gal Poly-Lite Jug – RM29.00

Monday, January 14, 2008

TRiP uNTuK iBu BeRSaLiN

Tarikh : Hujung minggu di sekitar Disember 2007
Tempat : Kawasan perumahan

Ahli geng:
1. Abang Nuar
2. Ijal
3. Jepp
4. Helmi
5. Khairul
6. Abas


Last minute punya trip… semuanya bermula atas permintaan seorang rakan yang isterinya baru lepas bersalin anak kedua (operation)… sebagai rakan dan kaki pancing, permintaan seperti itulah yang boleh kami tunggu2. Lagipun ia boleh dijadikan alasan paling munasabah tanpa nak klentong kepada ‘org rumah’ masing2.

Biasanya kami bertolak pagi dan menuju terus ke port yang dijumpai abg Nuar.. bolehlah dikatakan lubuk rahsia kami tapi tidak tahu sampai bila ia akan bertahan.. maklumlah, sambil kami memancing, penduduk di pangsapuri berdktan boleh lihat dengan jelas segala aktiviti di tasik kecil itu.

Lubuk ini sudah bertahan lama juga… Kata Abg Nuar, masa mula2 dia dan gengnya dari selayang cuba di sini, lebih 70 ekor ruan ditangkap dlm 1 hari… Lps 3 hari… abg Nuar tutup akaun untuk geng ruan itu berhenti wat seketika… kalo x dibuat, mahu abih dibuatnya oleh otai2 ruan tu..

Air di tasik ini memang jernih.. yg buat kami terhibur apabila dapat melihat sendiri dengan jelas ikan ruan itu rembat gewang atau umpan katak yang digunakan…


Di sudut ini aje, Abas daratkan 4 ekor ruan….


Baik punya port


Helmi tgh layan ruan yang berjaya menyelinap di dlm lumut



Gewang bakau paling disukai esp yang kecil2..


Antara ruan yg diperolehi

ArTiKeL BuLaNaN TeRBaiK!!

Seperti Gambar Terbaik, artikel yang dihantar akan menerima habuan berupa produk Coleman. Ia merupakan ruangan kepada para pembaca yang ingin berkongsi pengalaman memancing dengan peminat yang lain.
Sebanyak dua artikel pendek dipilih setiap buat untuk diisikan dalam kolum pancing di mana beberapa kriteria. artikel yang dihantar akan disunting mengikut kepada kesesuaian dan keperluan semasa ruangan itu...
Untuk itu, kami menggalakkan sesiapa sahaja untuk menceritakan pengalaman mereka kepada kami yang boleh dihantar terus melalui Email Kami: duniapancing@yahoo.com atau poskan ke alamat: Ruangan Pancing BACARIA, Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd., Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.
Kongsikan pengalaman anda sambil memenangi hadiah yang ditawarkan.

Tuesday, January 8, 2008

PeRaDuaN GaMbaR TeRBaiK!!!


Ni ada satu berita baik buat kaki pancing seluruh Malaysia..
Tak kira peringkat umur atau kategori untuk dapatkan hadiah2 COLEMAN setiap bulan. caranya senang aje, isikan maklumat dan hantar ke BACARIA sama ada melalui pos atau email..
Kaki pancing sendiri sedia maklum, barangan Coleman sememangnya mahal.. Hantarlah kepada kami... pemenang akan disiarkan di dalam akhbar BACARIA..
So di bawah ni disertakan butiran peraduan untuk pengetahuan semua... Jangan lepaskan peluang mudah ini!!!


Gambar Terbaik Bulanan

Setiap gambar memberi seribu makna. Hantarkan gambar anda ketika memancing, tidak kira di lombong, parit, kolam, terusan, laut dan sungai ke BACARIA untuk tatapan pembaca dan menangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.
Tiga pemenang bagi akan dipilih akan dipaparkan pada minggu terakhir bulan tersebut. Pemilihan gambar berdasarkan nilai kreativiti gambar/aksi. Hadiah-hadiah Coleman lumayan sumbangan Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd perlu dimenangi.
Apa lagi nak ditunggu? Jangan lepaskan peluang hebat ini dan hantar segera gambar-gambar menarik anda. (Semua hadiah hendaklah dituntut sendiri di pejabat Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd)

BORANG DAN SYARAT PENYERTAAN

Nama : ……………………………………..
Alamat : ……………………………………..
……………………………………………….
……………………………………………….
……………………………………………….
No K/P : ………….. - ……- ….…………….
No. Tel : ………………..
Tempat: ...……………………………………
Umpan: ……………………………………...
Jenis ikan: …………………………………...
Berat ikan: …………………………………..

1. Gambar Terbaik terbuka untuk semua kategori dan peringkat umur.
2. Gambar diadili mengikut kualiti gambar, tahap kesukaran mendapatkan tangkapan dan nilai kreativiti pada aksi gambar. Ikan terbesar tidak semestinya mendapat hadiah utama.
3. Gambar berlatar belakangkan lokasi memancing akan diutamakan untuk memenangi hadiah berbanding dengan gambar yang diambil di rumah atau kawasan selain lokasi memancing.
4. Semua butiran di dalam borang penyertaan hendaklah betul. Sebarang penipuan atau keraguan, pihak penganjur berhak menolak penyertaan tersebut.
5. Tiga gambar terbaik akan dipilih setiap bulan dan akan dipaparkan dalam BACARIA pada minggu terakhir bulan tersebut.