PANCING@BACARIA

Monday, January 14, 2008

TRiP uNTuK iBu BeRSaLiN

Tarikh : Hujung minggu di sekitar Disember 2007
Tempat : Kawasan perumahan

Ahli geng:
1. Abang Nuar
2. Ijal
3. Jepp
4. Helmi
5. Khairul
6. Abas


Last minute punya trip… semuanya bermula atas permintaan seorang rakan yang isterinya baru lepas bersalin anak kedua (operation)… sebagai rakan dan kaki pancing, permintaan seperti itulah yang boleh kami tunggu2. Lagipun ia boleh dijadikan alasan paling munasabah tanpa nak klentong kepada ‘org rumah’ masing2.

Biasanya kami bertolak pagi dan menuju terus ke port yang dijumpai abg Nuar.. bolehlah dikatakan lubuk rahsia kami tapi tidak tahu sampai bila ia akan bertahan.. maklumlah, sambil kami memancing, penduduk di pangsapuri berdktan boleh lihat dengan jelas segala aktiviti di tasik kecil itu.

Lubuk ini sudah bertahan lama juga… Kata Abg Nuar, masa mula2 dia dan gengnya dari selayang cuba di sini, lebih 70 ekor ruan ditangkap dlm 1 hari… Lps 3 hari… abg Nuar tutup akaun untuk geng ruan itu berhenti wat seketika… kalo x dibuat, mahu abih dibuatnya oleh otai2 ruan tu..

Air di tasik ini memang jernih.. yg buat kami terhibur apabila dapat melihat sendiri dengan jelas ikan ruan itu rembat gewang atau umpan katak yang digunakan…


Di sudut ini aje, Abas daratkan 4 ekor ruan….


Baik punya port


Helmi tgh layan ruan yang berjaya menyelinap di dlm lumut



Gewang bakau paling disukai esp yang kecil2..


Antara ruan yg diperolehi

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home