PANCING@BACARIA

Tuesday, February 12, 2008

Tenggiri, merah suman di Lubuk Botol


Serangan hendap dari Merah Suman diwaktu malam

Anggota Trip

Geng TUBAon7
1. Captiva
2. Lutut
3. Lohan
4. Pacik
5. Baung Tapah
6. Ikan Ubi
7. Janakuasa

Geng Utara Anglers Team (UAT)
1. Rashid (pengerusi UAT)
2. Shidi
3. Mopiko

Tekong
1. Ah Chuan
2. Ustaz Ramli (pembantu setianya)

Lokasi
Perairan Pulau Pinang


Gambar penulis dengan tenggiri pertama yang berjaya didaratkan menggunakan kaedah casting berpemutar (Spinner)

Bot bergerak meninggalkan jeti Telok Bahang kira-kira jam 2 petang dan tiba di lokasi yang masih dalam perairan Pulau Pinang sekitar jam 5 petang.
Setelah sauh dijatuhkan, kami semua mula beraksi dengan casting menggunakan spinner yang telah diubah suai bersama perambut dawai 3 hingga 4 mata kail dan berumpankan kembong.
Hasilnya, sebanyak 22 ekor tenggiri ditewaskan dalam tempoh kurang tiga jam memancing.
Kami sepakat menggelarnya ‘Lubuk Botol’ sempena kelihatan botol-botol kecil yang timbul di permukaan seawal kunjungan kami.
Malamnya, kami menukar kepada pancingan dasar. Tekong mengarah kami menurunkan umpan hanya separuh air.
Hasilnya, kami diserang bertubi-tubi oleh merah suman yang juga dikenali dengan merah begawan apabila berpuluh-puluh ekor ini yang bersaiz dua hingga tiga kilogram kami tumpaskan. Melalui hasil pancing dasar pula, ikan jenahak, gerut-gerut dan ploktan berjaya didaratkan.


Bergambar kenangan berdiri dari kiri Saudara Shidi,Tekong Ah Chuan,Lutut,Rashid,Apek dan Pacik.


kami mengisi perut terlebih dahulu sebelum menaiki bot


Captiva selaku ketua Misi untuk trip kali ini


Bersama penghulu dari TUBAonSeven



Janakuasa bersama gerut-gerut berumpankan hirisan kembung.


Captiva dengan merah suman


Pacik bersama Merah Suman yang berjaya ditawan


Coleman sarat dengan ikan


Sebahagian dari Merah Suman atau Merah Begawan


saudara Shidi



Alhamdulillah syukur kepada Ilahi walaupun kami diuji dengan ribut namun kami semua selamat pulang dengan hasil yang memuaskan.